Pages

Monday, May 30, 2016

3 Cara Keep Track Penurunan Berat Badan

Assalamualaikum semua, seperti yang semua tahu, penuh di newsfeed Facebook, Instagram dengan lambakan Ubat Kurus Seminggu Turun 5Kg, Ubat Kurus Sapu je turun 10Kg. Katanya tak perlu susah-susah ikat perut demi nak kurus, Semudah ABC je semuanya.

Yang part tak perlu ikat perut, saya setuju. Kalau ikut teori sebenar, tiada istilah IKAT PERUT untuk diet atau kurangkan berat badan, sebab anda masih boleh makan, tak perlu IKAT PERUT makan sesenduk nasi sahaja sehari.

Jadi, nak DIET perlu ada caranya. Jangan harini bermotivasi turunkan berat badan, esok dah kembali ke jalan asal, asal jumpa makanan telan.

So, di sini saya kongsikan sedikit tips daripada pengalaman-pengalaman yang pernah saya lalui bersama orang-orang sekeliling.

1.Turun Berat Badan secara berperingkat

- Tahukah anda, penurunan berat badan secara mendadak sebenarnya tidak SIHAT. Kadar penurunan berat badan yang SIHAT adalah 0.5-1.0 kg/minggu atau 2-4kg/sebulan


2. JANGAN sesekali  Tinggalkan Sarapan

Ini antara salah satu kesilapan semua orang. Nak turun berat badan, jadi fikir untuk kurangkan pengambilan makanan. Ye, betul tu, memang kena kurangkan makanan tapi bukanlah sehingga makan hanya sekali sehari.

Sarapan merupakan starter dalam kehidupan kita. Bayangkan minyak kereta anda dah berkelip-kelip tidak ditambah, maka kereta tak boleh bergerak kan? Begitu jugalah dengan badan kita. Kalau tak ambil sarapan, macam tu la jadinya.




3. Dapatkan tidur yang CUKUP

Tidur yang cukup sebenarnya salah satu ELEMEN PENTING untuk turunkan berat badan. Ini kerana, bila tidak mendapat tidur yang cukup, badan akan mula meransang hormon yang membuatkan selera anda bertambah tetapi kurang meransang penghasilan hormon yang buatkan kita rasa kenyang.


Okay, rasanya cukup dulu 3, nanti kita sambung lagi dalam write up seterusnya, Kalau boleh buat 3 ni, anda dah berada pada fasa pertama penurunan berat badan anda. TAHNIAH!

Monday, March 16, 2015

Tangani Masalah Kurang Darah (HB Low) Semasa Hamil

Assalamualaikum buat semua pembaca Infodietharian.
Hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang pemakanan bagi wanita hamil yang mengalami masalah kurang darah. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada ibu-ibu hamil terutamanya ibu yang baru pertama kali hamil dan juga para suami.

Seringkali saya berjumpa dengan ibu hamil yang mempunyai masalah ini kurang arif dan peka tentang apa sebenarnya kesan dan punca masalah ini berlaku.

Image dari Medindia.net

Jadi, sebenarnya masalah kurang darah ini terjadi akibat daripada
  • peningkatan keperluan zat besi bagi ibu hamil dan juga ibu menyusu
  • Kurang makan makanan yang kaya dengan zat besi, vitamin C, asid folik dan vitamni B12.
  • Kerapa makan makanan yang menghalang penyerapan zat besi, seperti contoh: teh, kopi, susu dna juga minuman berkola

Bagaimana nak atasi??

1. Makan makanan yang tinggi zat besi antaranya, daging, ayam, ikan, telur dan juga sayuran

Image from Diaper Champ

2. Makan makanan yang tinggi Vitamin C untuk meningkatkan penyerapan Zat besi
   Tips: Perah limau nipis/kasturi ke atas makanan & Minum jus buah/limau bersama hidangan utama.

3. Elakkan mengambil minum yang menghalang penyerapan zat besi bersama hidangan utama.
    p/s: Jika ingin minum teh/kopi ambil sekurangnbya 2 jam sebelum/selepas hidangan utama. 

Mari amalkan dan sebarkan!




Sunday, March 15, 2015

8 Cara Galakkan anak makan

Assalamualaikum semua.
Entry kali ni tak panjang tapi tak jugak pendek.

Harini saya mahu kongsikan sedikit tips dan cara untuk nak galakkan anak-anak kita untuk makan.

Saya sedar, sifat seorang ibu dan bapa, mahukan kesempurnaan untuk anak-anak mereka. Mahu anak yang sihat dan aktif kan?
Saat paling memeningkan kepala adalah waktu anak demam atau dengan erti kata lain bila anak dah mula memilih makanan dan juga mula untuk kurang makan. Hati ibu dan bapa mana yang tak susah hatui kalau berat badan anak tak nak naik ataupun kurang berat badan kan?
Jadi harini saya berikan sedikit tips tentang bagaimana mahu menggalakkan anak anda semua untu makan.
Selamat Mencuba!

1. Rancang menu anak
-  Si kecil tidak suka untuk makan menu yang sama setiap hari tau ibu. Sedangkan si dewasa pun kalau tengok lauk yang sama setiap hari akan meminta menu lain kan? Apa lagi si kecil yang baru nak kenal warna-warni makanan. Jadi jangan lupa rancang menu anak anda!

2. Sentiasa perkenalkan anak dengan makanan baru
- Nampak tak kesinambungan dengan tips 1? Si kecil sedang berada dalam pengembaraan hidup bersama warna-warni makanan. Jadi perkenalkan mereka dengan menu-menu yang baru.!

3. Libatkan anak dalam penyediaan makanan.
- yang ini sudah tentunya untuk 1 tahun dan ke atas kot. Bagi si kecil yang sudah boleh membantu kita di dapur ( dari segi pemilihan bahan) , apa kata kita libatkan mereka. Sebagai contoh, ajak mereka memilih bahan masakan. Sambil memberi pendedahan kepada mereka tentang bahan-bahan makanan, ini dapat menambahkan rasa keterejuaan mereka untuk makan!


4. Beri makanan kegemaran anak
-Yang ini rasanya tak perlu diterang lagi. Semua ibu dan bapa dah maklum kan?

5. Hidangkan makanan beraneka warna dan bentuk untuk menarik minat anak makan.
- Si kecil sangat teruja dengan sesuatu yang berwarna warni. Ini merupakan salah satu dari perkembangan kognitif mereka. Jadi apa kata kita si ibu yang menyediakan makanan kepada anak-anak cuba untuk pelbagaikan warna dalam makanan. Seperti contoh, jika menggoreng sayur hijau, jangan hanya gunakan sayur hijau, tambahkan sedikit lobak merah atau cili merah, sebagai penyeri. Tidaklah anak berasa bosan melihat hanya satu warna sahaja.

6. Guna peralatan makanan yang pelbagai warna dan bentuk.
- Yang ini sekarang dah banyak sangat dah berada di pasaran. Boleh la cari lepas ni kan?


7. Elak memberi snek menghampiri waktu makan utama.
- Ada segelintir kanak-kanak yang gemar mengambil snek. Tetapi jangan amalkan beri snek kepada anak sebelum waktu makan utama, kerana ini akan membuatkan mereka kurang berminat untuk makan lagi.

8. Elak menyusukan anak menghampiri waktu makan.
- Bagi si kecil yang masih lagi menyusu, ibu elakkan dari beri susu menghampiri waktu makan, nanti si kecil anda kenyang, paksa pun mereka sudah tak mahu mengambil makanan utama mereka. 

Selamat mencuba!

Sumber gambar dari google image:) 

Thursday, June 12, 2014

Penyusuan Susu Ibu: Apa kepentingan dan faedahnya?

Assalamualaikum semua saudara saudari sekalian.
Harini mari saya kongsikan serba sedikit tentang penyusuan susu ibu.
Semua orang tahu, betapa Agungnya Allah yang Maha Berkuasa. Allah menciptakan setiap ibu dengan susu mereka untuk diberikan kepada anak-anak mereka.
Setiap kejadian ada hikmah dan sebabnya kan? Kenapa Allah jadikan setiap ibu dengan susu ibu juga pasti ada sebab kan?


sebelum kita pergi kepada kebaikan susu ibu, ape kata kita definisikan dulu penyusuan susu ibu secara ekslusif yang misi-misi dan nurse-nurse diklinik duk menggembar gemburkan selama ini. Penyusuan susu ibu secara ekslusif adalah dimana anak-anak yang berusia 0-6 bulan hanya diberi minum susu ibu sahaja tanpa mencampurkan apa-apa makanan atau pun air masak, dan penyusuan susu ibu digalakkan sehingga kanak-kanak berusia 2 tahun.

makanya, buat ape nak bersusah payah, tingkatkan perbelanjaan keluarga dengan memberi anak susu formula? Penyusuan susu ibu cukup mudah. boleh diberi dimana-mana, kalau pakai botol macam2 prosedur kena buat sebelum boleh bagi anak menyusu.

Ok, mari kita tengok apa kelebihan susu ibu ni. Ada kelebihan untuk bayi dan ada juga kelebihan untuk ibu sendiri.

ok, kita buat kerja mudah, masuk pamplet je.selamat membaca dan saya menyokong penyususan susu bayi secara ekslusif!

Thursday, November 15, 2012

Rahsia disebalik makanan!

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. setelah sekian lama tak menulis, harini teringin nak berkongsi satu perkara tentang makanan.
Pernah tak anda terdengar, kita kalau nak ambil sesuatu makanan, kita boleh tahu khasiatnya melalui warna dan rupa bentuknya? Contoh, kalau kita kurang darah, kita kena ambil makanan yang ada warna merah, contohnya, daging, kerang dan bayam.
So, jom kita tengok apa contoh makanan yang ada rahsia disebalik rupa bentuknya.




Ada lagi yang lain yang anda tahu? Jom kongsikan sama-sama:)

Monday, September 3, 2012

Diet selang sehari lebih efektif?

Assalamualaikum semua! Semoga semuanya sihat sentiasa. Anda sedang berdiet ataupun mahu berdiet? Jom saya ada satu cerita tentang diet. Pernah dengar pasal diet selang sehari, atau juga dikenali sebagai The Alternate Day Diet?

The Alternate day diet ni diperkenalkan oleh James B Johnson. Diet ini menumpukan kepada diet yang berselang seli. Menurut Johnson, diet ini merangsang gen pelansing di dalam badan yang mampu untuk mengurangkan proses penyimpanan lemak dalam badan.

Dalam diet ini, Johnson menyatakan bahawa, Anda boleh makan apa sahaja di hari yang pertama TAPI jangan lupa untuk turut seimbangkan pengambilan makanan anda, jangan lupa makan sayur-sayuran dan buah-buahan dan juga, SENAMAN!

di hari seterusnya, diet anda bermula! Pada permulaan anda mungkin boleh mengurangkan jumlah kalori yang anda ambil 20 % dari hari sebelumnya. Namun, apa yang dicadangkan oleh Johnson, anda hanya perlu mengambil 500 kalori. Tapi dari sudut kesihatan, pengurangan kalori secara mengejut dengan banyak boleh menyebabkan badan anda tidak dapat berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan anda mudah penat. jadi mulakan secara berkala.

Hasil dari kajian Johnson juga, diet berselang seli ini boleh mengurangkan simptom asma dikalangan pesakit Asma dan ia juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

Tips: Pastikan anda menimbang berat seminggu sekali, di waktu pagi sehari selepas anda berdiet!

Selamat mencuba!

Thursday, August 30, 2012

10 faedah halia untuk kesihatan

Assalamualaikum semua! Salam kemerdekaan buat rakyat malaysia.Harini berkongsi lagi satu info tentang makanan, iaitu halia!

1. Penawar bagi penyakit Kanser ovari

2.Menghalang dari berlakunya kanser kolon

3.bertindak seperti vitamin B6 dalam melegakan morning sickness

4.Anda mabuk apabila naik kenderaan? Halia dikatakan dapat membantu

5. Halia juga dapat mengurangkan luka dan juga kesakitan

6.penyakit ulu hati juga dapat dikurangkan dengan halia.

7.penghalang dan ubat buat batuk ,selsema dan juga demam.

8.Pesakit migrain boleh cuba menggunakan halia sebagai salah satu ubat.

9.Wanita boleh menggunakan halia untuk melegakan senggugut semasa haid. Caranya,tumbuk sekeping halia dan rendamkannya dalam secawan air, dan kemudian campurkan sedikit gula dan minum.

10. Boleh menghalang dari berlakunya Diabetic Neuropathy yang boleh merosakkan buah pinggang anda!

Wednesday, August 29, 2012

5 kunci menghilangkan lemak!

Assalamualaikum semua, bertemu lagi dalam entry yang ke-3 yang akan berkongsi tentang cara atau tips 5 kunci yang akan buat anda berjaya hilangkan lemak-lemak anda! Ramai yang nak buang lemak, nak kurus lepas ternak lemak di hari raya kan? Jom kita ikuti apa 5 tips atau kunci ini!

1. Tetapkan matlamat jangka pendek yang realistik.

Sebagai contoh, jika anda rasa anda tak mampu berlari jauh sebagai salah satu cara anda nak kurangkan lemak-lemak anda, cuba untuk capai matlamat dengan jarak larian yang pendek. Dari hari ke hari anda akan lebih bersemangat untuk terus menambah jarak larian anda dan ini dapat membantu anda untuk membakar lemak-lemak anda!

2. Matlamat jangka pendek mesti membawa anda ke arah matlamat jangka panjang anda!

pastikan bahawa matlamat jangka pendek yang sudah anda tetapkan di langkah pertama anda tadi boleh membawa anda kepada mencapai matlamat utama anda!

3. Adakan jadual latihan atau senaman dan pastikan anda patuhinya!

Susah nak berjaya tanpa disiplin kan? Jadi kalau nak kurangkan lemak, kenalah berdisiplin juga! Tetapkan waktu atau jadual untuk anda senaman dan pastikan anda disiplin dengan jadual itu! hendak 1000 daya tak hendak 1000 dalih.

4. Ambil tahu keadaan badan anda.

Dalam badan kita ada signal yang disampaikan, bila lapar, dapat signal,then kita akan start cari makanan, bila kenyang dapat signal, sendawa pun muncul, dan kalau badan terlalu letih akibat dari senaman, bawa-bawalah berehat!

5. Sentiasa cabar diri anda

Pastikan anda sentiasa cabar diri anda untuk terus perbaiki senaman anda dan terus menghadkan pengambilan lemak!

Anda cuba! kalau berjaya anda gembira! Tak susah pun nak buat semua ni tanpa keluarkan duit yang banyak. yang penting USAHA! dan keinginan dan disiplin! Semoga berjaya!

Monday, August 27, 2012

Makan dengan bijak!

Assalamualaikum semua! salam sejahtera dan selamat pagi! Harini mari kita semua baca dan ketahui macam mana kita nak makan dengan sihat, dengan hanya bantuan dari sebiji pinggan yang selalu kita gunakan ketika makan!

Diet ni, orang panggil sebagai Eat Well Plate. Makan secara betul dengan bantuan sebiji pinggan!

Jadi, ini adalah Eat Well Plate yang diperkatakan tadi. Nampak tak tentang pembahagian porsi makanan mengikut saiz pinggan dan mengikut kumpulan makanan yang kita ada.
Secara ringkasnya,ini mesej yang terkandung dalam Gambar kat atas:
  • Makan banyak Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Juga makan banyak makanan dari kumpulan karbohidrat seperti roti, nasi, kentang ,pasta dan makanan bijirin.
  • Makan sederhana untuk kumpulan makanan daging,telur dan juga produk tenusu.
  • Makan sedikit makanan yang bergula,bergaram dan berminyak.
Memang kalau tengok mesej, ini mesej piramid makanan kan? Tapi ini dipermudahkan untuk setiap sajian anda! Lepas ni da tahu lah macam mana nak estimate saiz makanan anda ikut porsi dan kumpulan makanan.
Selamat mencuba dan semoga berjaya dalam memberikan hidup yang siat untuk diri sendiri.
Bak kata orang mncegah itu lagi baik dari mengubati kan!
Andai entry ini baik dan anda rasakan bagus, jangan lupa untuk terus mengikuti blog ini dan kongsikan dengan yang lain!

Saturday, August 25, 2012

Makanan Untuk Tekanan Darah Rendah

Assalamualaikum semua! Ini entry pertama untuk anda semua dari kami di InfoDiet. Harini kami akan berkongsi sedikit info buat anda semua tentang Tekanan Darah Rendah.

Selama ini kita hanya mendengar tentang Tekanan Darah Tinggi kan? Mungkin ada yang pernah mendengar tentang Tekanan Darah Rendah tapi jarang sekali.  Siapa yang dikategorikan sebagai Tekanan Darah Rendah? Mereka yang mempunyai tekanan darah 90/50 dan kebawah. Dan kenapa tekanan darah rendah ini sebenarnya merbahaya? Kerana, apabila tekanan darah terlalu rendah, Oksigen tak dapat disalurkan ke organ-organ penting badan dan ini boleh membawa kepada berlakunya kematian organ dalaman badan.

Jadi jika anda salah seorang yang tergolong dalam kategori ini, mungkin anda boleh cuba untuk amalkan diet untuk tekanan darah rendah ini.


  • Makan makanan berkarbohidrat dalam kuantiti yang sedikit dan saiz hidangan yang kecil, tetapi pastikan anda menghadkan makanan seperti kentang, nasi, pasta dan roti.

  • Tingkatkan pengambilan garam Natrium. Tetapi ini haruslah dilakukan dengan nasihat doktor.Bimbang memberi kesan lain kepada kesihatan.

  • Tingkatkan pengambilan minuman berkafein: Minuman yang berkafein dapat membantu meningkatkan tekanan darah.

Jadi untuk semua yang berkenaan, anda boleh mencuba cara ini, tetapi harus mendapat nasihat dari doktor dan pastikan juga anda melakukan senaman yang berkala supaya dapat menguatkan otot jantung anda supaya dapat mengepam dengan normal!Selamat menjaga kesihatan anda!