Pages

Monday, September 3, 2012

Diet selang sehari lebih efektif?

Assalamualaikum semua! Semoga semuanya sihat sentiasa. Anda sedang berdiet ataupun mahu berdiet? Jom saya ada satu cerita tentang diet. Pernah dengar pasal diet selang sehari, atau juga dikenali sebagai The Alternate Day Diet?

The Alternate day diet ni diperkenalkan oleh James B Johnson. Diet ini menumpukan kepada diet yang berselang seli. Menurut Johnson, diet ini merangsang gen pelansing di dalam badan yang mampu untuk mengurangkan proses penyimpanan lemak dalam badan.

Dalam diet ini, Johnson menyatakan bahawa, Anda boleh makan apa sahaja di hari yang pertama TAPI jangan lupa untuk turut seimbangkan pengambilan makanan anda, jangan lupa makan sayur-sayuran dan buah-buahan dan juga, SENAMAN!

di hari seterusnya, diet anda bermula! Pada permulaan anda mungkin boleh mengurangkan jumlah kalori yang anda ambil 20 % dari hari sebelumnya. Namun, apa yang dicadangkan oleh Johnson, anda hanya perlu mengambil 500 kalori. Tapi dari sudut kesihatan, pengurangan kalori secara mengejut dengan banyak boleh menyebabkan badan anda tidak dapat berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan anda mudah penat. jadi mulakan secara berkala.

Hasil dari kajian Johnson juga, diet berselang seli ini boleh mengurangkan simptom asma dikalangan pesakit Asma dan ia juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

Tips: Pastikan anda menimbang berat seminggu sekali, di waktu pagi sehari selepas anda berdiet!

Selamat mencuba!